Muhammad Rasulullah

Thursday, December 31, 2009

Adab - Adab Pergaulan.


Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali




Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :



Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.



Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.



Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.



Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.



Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.

Wallahua'lam

10 LALUAN UNTUK MANUSIA


10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat,


bagaimana memudahkannya?





LALUAN MENUJU KE KUBUR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji

b. Hindarkan perasaan irihati (benci)

c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak

d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)



LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Bersihkan diri dengan bertaubat

b. Gembirakan hati orang Mu'min

c. Bayar semula kadha' yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala



LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Mengucap dua kalimah syahadat

b. Suka memberi sedekah

c. Berkata benar

d. Bersihkan dan perbaiki hati



LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat

b. Sucikan perkataan dan pakaian

c.. Bersyukur dengan yang sedikit

d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH



LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia

b. Pendekkan cita-cita dunia

c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH

d. Banyakkan sedekah dan khairat



LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala

b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa

c. Berpegang teguh dengan hukum syara'

d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk



LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Banyakkan membaca al-Quran

b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu

c. Tinggalkan perkara yang maksiat

d. Jauhkan segala yang haram



LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

b. Kasihi orang yang soleh

c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH

d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH



LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Kasihilah NAbi ALLAH

b. KAsihilah Rasulluah

c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH

d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.



LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH

b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH

c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH

d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya



5 TEKA TEKI IMAM GHAZALI




1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Wallaua'lam