Muhammad Rasulullah

Thursday, December 31, 2009

Adab - Adab Pergaulan.


Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali




Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :



Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara itu pasti tidak baik dan tercela.



Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.



Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka diamlah secepat mungkin.



Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri, anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.



Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang. Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu, ucapkanlah isi hatimu dengan baik.

Wallahua'lam

10 LALUAN UNTUK MANUSIA


10 laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat,


bagaimana memudahkannya?





LALUAN MENUJU KE KUBUR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji

b. Hindarkan perasaan irihati (benci)

c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak

d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)



LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Bersihkan diri dengan bertaubat

b. Gembirakan hati orang Mu'min

c. Bayar semula kadha' yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala



LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Mengucap dua kalimah syahadat

b. Suka memberi sedekah

c. Berkata benar

d. Bersihkan dan perbaiki hati



LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat

b. Sucikan perkataan dan pakaian

c.. Bersyukur dengan yang sedikit

d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH



LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia

b. Pendekkan cita-cita dunia

c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH

d. Banyakkan sedekah dan khairat



LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala

b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa

c. Berpegang teguh dengan hukum syara'

d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk



LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Banyakkan membaca al-Quran

b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu

c. Tinggalkan perkara yang maksiat

d. Jauhkan segala yang haram



LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

b. Kasihi orang yang soleh

c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH

d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH



LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Kasihilah NAbi ALLAH

b. KAsihilah Rasulluah

c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH

d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.



LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH

b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH

c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH

d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya



5 TEKA TEKI IMAM GHAZALI




1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?

2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?

3. Apakah yang paling besar di dunia?

4. Apakah yang paling berat di dunia?

5. Apakah yang paling ringan di dunia?

6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Wallaua'lam



Thursday, July 2, 2009

BULAN Rejab adalah antara bulan mulia dalam Islam. Kedatangannya disambut
meriah oleh umat Islam. Dalam bulan Rejab, tepat pada malam 27 Rejab,
terjadi peristiwa yang amat luar biasa lagi bersejarah bagi
umat Islam, iaitulah peristiwa Israk Mikraj.

Israk Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad (saw) dengan jasad dan
tubuhnya itu, di samping bagi menghibur dan memantapkan lagi iman
baginda, juga adalah iktibar yang harus direnungi setiap Muslim.
Banyak hikmah terkandung dalam peristiwa Israk Mikraj yang menggemparkan itu.

Dalam kejadian Israk Mikraj, Nabi (saw) diisrakkan oleh Allah SWT dari
Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dengan menaiki Buraq bersama Malaikat Jibrail.

Kemudian dari Masjidil Aqsa, Nabi (saw) dimikrajkan pula dengan
menjelajahi tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha bahkan ke
Mustawa. Dalam perjalanan mikraj inilah Nabi dapat melihat banyak tanda
kebesaran dan kekuasaan Allah.

Di sana, Nabi (saw) berkesempatan berdialog dengan Allah SWT dan Allah
SWT menghadiahkan atau memberi satu bingkisan untuk dibawa pulang oleh
Nabi (saw), iaitu perintah sembahyang fardu lima waktu untuk Nabi (saw)
dan umatnya.

Sebelum dimikrajkan, baginda sempat bersembahyang sunat bersama Malaikat
Jibrail dan ruh ambiya di Masjidil Aqsa yang Allah berkati sekelilingnya.

Dari masjid ini, Nabi (saw) terus dimikrajkan iaitu dengan menjelajahi
tujuh lapis langit, lalu sampai ke tempat yang tinggi, iaitu Sidratul
Muntaha bahkan ke Mustawa.

Di sinilah baginda bermunajat dengan Allah, dan Allah memberi hadiah atau
satu bingkisan yang besar kepada baginda untuk dibawa pulang, yakni
berupa perintah solat lima waktu .

Segala pemandangan dan gambaran yang diperlihatkan kepada Nabi (saw)
adalah sesuatu yang wujud dan benar-benar berlaku kepada umat Islam,
iaitu umat Nabi Muhammad (saw).

Umat Islam yang benar-benar mempercayai bahawa kiamat itu pasti datang
dan setiap perbuatan akan diminta pertanggungjawaban, sewajarnya
mengambil iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan itu.

Segala bentuk penyeksaan yang dialami oleh pelbagai kelompok manusia
sebagaimana yang disaksikan Rasulullah akan terjadi kepada semua manusia
di akhirat nanti, sesuai dengan kejahatan yang dilakukan.

Solat pula adalah satu ibadat yang istimewa dan terpenting. Rasulullah
menerimanya secara langsung daripada Allah, sedangkah ibadat puasa, zakat
dan haji diwahyukan saja melalui Malaikat Jibrail.

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj mengandungi lautan hikmah yang
harus dikaji dan diteliti secara mendalam, terutama betapa pentingnya
solat dalam kehidupan seseorang Muslim. Dengan solat, setiap Muslim
dapat berhubung dengan penciptanya lima kali sehari semalam dalam bentuk
dialog langsung.

Jika kita jauh tersesat dan banyak melanggar larangan Allah, hentikanlah
segera dan kembali melakukan amal soleh dan pekerjaan kebajikan.


wallahu a'lam




Thursday, June 25, 2009

Mengumpat




SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapanmereka.Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripadaAbu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Danyang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itumengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapatdikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untukmenghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu.

wallahu a'lam

luasnya neraka


luasnya neraka


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami &semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH,namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH. Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalahsegala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :.Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datangkepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaanberubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"Jawabnya: "Ya Muhammad, akudatang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orangyg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itubenar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasaaman dari padanya." Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakanselama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahunsehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitamgelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutusengkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakarpenduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahlineraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan matipenduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkaudengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalamAl-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawahbumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujungtimur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potonganapi. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannyayang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pinturumah kami?"Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman:iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang ygkafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusibernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedarnabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat kuyang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyangkemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab "PeringatanBagi Yg Lalai") Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiatsedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kitasemua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kamiterangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Petua Murah Rezeki dan Dijauhi Kesulitan
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.


Wallahu a'lam